Anda boleh membuat pesanan melalui laman web kami dengan memilih produk yang dikehendaki dan menambahkannya ke troli. Kemudian, teruskan ke halaman pembayaran untuk melengkapkan pesanan anda.
Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda. Kami akan memaklumkan nombor penjejakan setelah pesanan anda dihantar.
Produk salai kami adalah produk sejuk beku. Sila simpan di dalam peti sejuk beku (freezer) pada suhu -18°C untuk mengekalkan kualiti sehingga tarikh luput.
Buat masa ini, kami tidak menawarkan pilihan pembayaran COD. Semua pembayaran perlu dibuat secara atas talian melalui FPX, QRPay, atau pindahan bank manual.
Kami menerima pemulangan atau pengembalian wang jika produk yang diterima rosak atau tidak seperti yang dipesan. Sila hubungi kami dalam tempoh 24 jam selepas menerima produk dengan bukti gambar.