Tentang Kami
Kisah Sultan Salai
SLTN GROUP (M) SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera
yang aktif dalam bidang pemprosesan dan pengeluaran makanan. Dengan
memiliki satu cawangan dan sebuah Central Kitchen, SLTN terus memperkukuh
kedudukannya melalui jenama utama yang kini dikenali ramai “SULTAN SALAI”.
Penubuhan syarikat ini bermula pada tahun 2015, dengan aktiviti awal menjual
produk sejuk beku (frozen) secara dalam talian di bawah jenama ‘Daging Salai
Gadis Jolobu’, beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.
Pada awal tahun 2017,
operasi berpindah ke Melaka, bermula dengan hanya sebuah khemah kecil
berukuran 10x10 kaki. Selepas lima tahun beroperasi, syarikat akhirnya
berkembang dengan menyewa sebuah premis tetap bagi menampung
pertambahan pengeluaran.
Seiring dengan peningkatan permintaan dan pengukuhan jenama SULTAN
SALAI, SLTN telah melalui transformasi daripada perniagaan perseorangan
kepada enterprise, dan pada tahun 2025, secara rasmi ditukar taraf kepada
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
Kini, dengan hampir 50 orang kakitangan serta dua orang ahli lembaga
pengarah yang berwawasan, SLTN terus melangkah ke hadapan dengan sistem
pengurusan yang lebih tersusun, mampan dan berdaya saing.
Syarikat ini
komited untuk terus berkembang dan beroperasi secara konsisten dalam
jangka panjang, membawa nama SULTAN SALAI sebagai jenama warisan yang membanggakan.