PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA 2026
Restoran Sultan Salai dengan sukacitanya telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bertemakan Hari Raya pada 18 April 2026, bermula dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada kanak-kanak serta ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya dalam suasana santai dan penuh warna-warni.
Seramai 60 orang peserta telah terlibat dalam pertandingan ini dengan pendaftaran adalah percuma. Lebih istimewa, semua peserta menerima sagu hati dan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan atas penglibatan dan usaha mereka. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A (umur 4–6 tahun) dan Kategori B (umur 7–9 tahun), dengan penjurian dikendalikan oleh Cikgu Rohmahwati Ab. Rahman dari Tadika JAIM Mawaddah Taboh Naning bagi Kategori A serta Cikgu Raajaletchmi A/P Bathmanazan, Guru Prasekolah SK Simpang Ampat bagi Kategori B.
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif kanak-kanak di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti setempat. Sepanjang program berlangsung, suasana dipenuhi dengan keceriaan, gelak tawa, serta hasil karya yang menarik dan penuh kreativiti daripada para peserta.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti mereka. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk menyerlahkan bakat masing-masing.